Friday, September 16, 2011

Cool Apartment - the use of space savings

So, hari ini dalam sejarah, saya nak berkongsi dengan semua satu design rumah yang sangat-sangat cool. Asal dari “remodeled pigeon loft”, rumah / apartment yang cool habis ni milik seorang lelaki bernama Christian Schallert di Barcelona. Hanya 24 meter persegi, rumah ni dilengkapi dengan semua basic need such as kitchen, toilet, shower, bed, dining table, even balcony…. Cuba bayangkan semua perkakas tu masuk dalam ruang 6mx4m atau 8mx3m, macam tak boleh kan? Kawan mamat ni cakap, apartment ni macam Lego sebab nak ape2, kene "bina". Jom la ushar apartment stylo mamat ni….


Gambar sebelum, macam scary je nak duduk

Gambar selepas, amazing right? bilik yang tadi suram giler dah jadi urban style apartment
( +info = mamat yang di tengah-tengah itulah Christian Schallert )

Dinding aka almari aka tempat simpan barang-barang ajaib. Korang semua boleh nampak kat dalam gambar tu, ade dapur siap ngan stove 2 tunku, fridge, pantri, oven, diswasher (yup apartment kecik camni pun ade dishwasher) and off course almari pakaian / simpan barang.

Shower daripada glass cube (kat tepi kiri gambar), so bilik mandi tu menjadi sebahagian dari bilik. Konsep super genius ni menampakkan bilik macam luas jer…. Toilet? Ade kat celah tepi, tersorok kat sebelah kitchen. Nama pun toilet, tak perlu besar sangat, cukup sekadar masa sepuluh ~ dua puluh minit yang kita spent kat situ hari-hari…

Nak makan? Jangan risau, kejap lagi mamat tu bawak turun meja makan untuk 4 orang dari dinding. Tiang tempat letak pasu bunga tadi, dah tukar fungsi jadi tiang meja makan. Dengan turunnye meja makan tu, tingkap terbuka and cahaya yang masuk buatkan apartment ni nampak lebih luas…

Kalau nak tidur, kene tarik katil dari bawah balcony (cool gile). Katil tu jugak triple function as a sofa/couch and stairs to balcony.


Pandangan balcony dari dalam rumah.

Amacam, stylo kan, kalau nak tau dengan lebih lanjut, boleh tengok video kat youtube atau cerita original die kat sini : Lego style apartment
Kalau sesiape nak kongsi di blog mereka, jangan lupa kredit to whomever responsible (“,)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...