Monday, November 28, 2011

Kod Bahasa Tangan Malaysia aka Sign Languange

Hmm...saya selalu kagum dengan orang-orang yang tahu baca sign languange. Dari dulu try nak belajar and hafal, tapi macam susah je nak hafal and ingat semua 27 kod bahasa tangan ni. (respect from me goes to the expert of sign language). Walaupun mereka kurang sempurna (not all) dari segi fizikal, tapi mereka dikurniakan dengan kelebihan lain macam gerak hati yang kuat (intuitive feelings = sixth sense), memory yang hebat and banyak lagi la.

And untuk pengetahuan semua, Kod Bahasa Tangan Malaysia aka KBTM ni sama dengan American Sign Languange dan American Sign Language pulak berbeza dari British Sign Languange. Tak berapa faham mengape wujudnya banyak kod bahasa tangan tapi mungkin semua negara pun nak ikut kesesuaian mereka sendiri....

ASL, bukan age/sex/live tapi American Sign Language, juga merupakan KBTM iaitu Kod Bahasa Tangan Malaysia.

Dan yang paling cool sekali video kat bawah ni....Lagu yang diterjemah kepada sign languange...cool habis


Ada banyak lagi video yang lebih kurang macam ni, just search je kat youtube. Lagu negaraku versi bahasa isyarat pun ada (credit to armbree sebab dielah yang upload video ni)

So, moral = Setiap insan itu istimewa, jadi bersyukurlah dengan apa yang kita ada (",)

Potong Kuku = Nail Clipping

Today is Monday dan tahukah anda semua, kita sunat potong kuku hari ni. Actually, bukan hari ni je, hari Khamis and Jumaat pun sunat potong kuku. Jadi, kalau nak potong kuku dan nak dapat pahala lebih, potong la hari Isnin, Khamis atau Jumaat. Tapi, ini tak bermakna tak boleh potong kuku hari lain, just tak dapat pahala la. Jangan salah faham pulak.

And for everyone's info, potong kuku pun ada doa (tak pernah tahu pun sebelum ni, dah lebih 20 tahun hidup, sekarang baru tahu, sadis giler). Ini doanya (courtesy of Google Image = tak tahu dari web mana)


Nak potong kuku pun kena ade turutan sebenarnya (yang ni pernah tahu dan selalu diamalkan, tapi kadang-kadang pun main hentam je sebab confius? huhu). Tertib potong kuku untuk tangan dan kaki adalah seperti dalam gambar rajah di bawah. Ikut turutan nombor ye, mula dengan 1 sampai 10, kalau ada yang jari lebih (tak mustahil pun), just ikut flow die. Yang penting mula dengan kanan.

Tertib potong kuku tangan (pandangan dari atas)


Tertib potong kuku kaki (pandangan dari atas)

Jadi, renung-renungkan dan selamat beramal (credit to profesor Izzi Hot FM)
(",)

Thursday, November 10, 2011

Duit oh Duit (",)


Happy November everyone, baru-baru ni, masa tengah berborak-borak dengan office-mate keluar la topik pasal duit lama. Rupa-rupanya duit lama ni tersangatlah laku dan bernilai lebih daripada original value die. Contohnya, duit syiling 10 sen tahun tertentu kalau jual dekat collector boleh cecah ratusan ringgit (ni bukan double je tapi hundreble..hehehe).

And off course I did some research, dan jumpe table ni dari blog lunaticg (blog ni memang best untuk coin collector newbie, check him / her out). Table ni pasal nilai pasaran untuk duit syiling lama Malaysia.

Nilai duit lama 1 sen & 5 sen

Nilai duit lama 10 sen dan 20 sen

Nilai duit lama 50 sen

(table ni saya buat sendiri version excel, sebab tu ade watermark blog ini, tapi source from lunaticg)

Korang semua mesti tertanya-tanya yang mana satu nilai pasaran sebenar? Nak ikut UNC ke BU. Okay, diambil dari blog lunaticg, 
UNC = Uncirculated coins which are mint condition without any signs of circulation but may have traces of mint bag marks. There is no nick or abrasion. Older coins maybe tarnished or toned. 
BU = Brilliant Uncirculated which are a coin that has never been circulated, and retains all of its original mint luster. 
EF = Extremely Fine which are those with the slightest degree of wear on the highest points of the design, particularly in the hairlines of portraits and on the central figures of armorial bearings. There is light wear on close inspection details
So, kita hendaklah refer kolum UNC bile nak tahu nilai pasaran duit syiling lama yang kita ada. Yang paling mahal setakat ni adalah syiling 10 sen tahun 1971. Ada yang sanggup bayar ribuan ringgit untuk dapatkan syiling ni. Kenapa? Sebab, mengikut cerita, syiling ni hanya dihasilkan sebanyak 32236 keping sahaja dan ianya adalah antara batch terakhir yang dihasilkan di kilang luar negara (German kalau tak silap). So sebab syiling ni rare, maka die hard collector sanggup bayar ratusan dan ribuan ringgit untuk syiling ni ada dalam koleksi mereka….

Alright, tengah search pasal nilai duit lama ni terjumpa pulak artikel yang mengatakan Bank Negara Malaysia akan keluarkan the third series of Malaysian coins. Gambar kat bawah ni adalah rupa bentuk duit syiling Malaysia untuk siri ke-3.

Wajah dan rupa bentuk duit syiling siri ke-3 Malaysia


Setiap nilai syiling ada ikon tertentu:-
  • 50 sen ikon sulur kacang (digunakan oleh pengukir dalam seni ukiran kayu dan perak)
  • 20 sen ikon bunga melur (bunga istimewa dalam kebudayaan tiga kaun utama Malaysia)
  • 10 sen ikon orang asli (mereka terkenal dengan seni anyaman daun dan tumbuhan)
  • 5 sen ikon Destar siga (sejenis kain tenunan kaum Kadazan Dusun)

Cantik kan? Dan untuk pengetahuan semua, syiling ni boleh didapatkan dengan harga RM10 satu set (terkejut kan?hahaha mula-mula baca artikel itu pun saya ingatkan untuk public, tapi rupa-rupanya untuk dijual…..hampeh betul) When will it be made public? That is still a mystery…
Maklumat lanjut boleh klik sini Bank Negara Malaysia 


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...