Thursday, August 9, 2012

Nilai Syiling Lama


Hari ni nak cerita lagi pasal duit lama, buat yang baru singgah blog ni, apa kata gi ushar dulu post ni Duit oh Duit. Post tu pun pasal duit lama jugak – duit syiling.

Saje nak update info, dalam post yang terdahulu tu saya hanya bagi nilai UNC (Uncirculated) untuk semua duit syiling secara amnya, tapi dalam banyak-banyak syiling lama atau syiling 1st series, ada yang mencecah ribuan ringgit. Yup, jangan tak percaya pulak. Syiling yang mana satu? Mari kita tengok sama-sama.


Okay, untuk maklumat yang lebih lanjut mengenai 1 sen 1976 (ini bukan syiling 1 sen yang biasa, jangan salah faham), dinasihatkan melawat web lunaticg. Beliau ada menceritakan tentang bagaimana duit 1 sen tersebut boleh bernilai hampir 3600 kali ganda dari nilai sebenar. Kalau kamu semua nak tahu, sebenarnya, lagi sikit keping syiling yang dihasilkan bagi tahun tersebut, lagi berlipat gandalah nilainya.

Daripada jadual tu, semua mesti perasan ada yang beratus ringgit kan? Semua tu ada kisah disebalik nilai tinggi diorang tu, nak tahu lebih lanjut mengenai sejarah atau cerita panjang lebarnya, sila klik link yang kat bawah ni. 

Syling 10 sen 1971 = klik sini 
Syiling 50 sen 1967, 1968, 1969 yang tiada benang sekuriti (atau garis keselamatan)= klik sini 
Syiling 50 sen extra dot = klik sini 
p/s = Cerita tu bukan saya yang punya, jadi hanya boleh letak link.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...