Wednesday, October 19, 2011

Maharaja Lawak MEGA

Anyway, ada berita best nak disampaikan and that is MAHARAJA LAWAK MEGA akan bersiaran bermula 28 Oktober 2011, dimana lagi kalau bukan Astro Warna.

Seramai 47 orang pelawak profesional (ramai giler kan...) dari tiga buah negara iaitu Malaysia, Singapura dan Indonesia (off course yang ramai sekali pelawak Malaysia la, pelawak Singapure and Indonesia berape kerat la sangat) akan bertanding setiap minggu di Gelanggang dimana peserta dengan undian terendah akan disingkirkan. Tapi kalau judges rase persembahan peserta untuk minggu tersebut best atau judges rase peserta tersebut tak layak disingkirkan, maka immuniti akan diberikan dan undian tidak akan diambil kire (Hmm...maksudnye judges ade kuase veto, penonton yang banyak habiskan duit, tapi judges yang bagi keputusan - not fair but I Like). Macamana pun format die tetap same iaitu 70% juri profesional dan 30% undian penonton.

Alright, enough membebel, kite tengok senarai peserta Maharaja Lawak Mega 2011 nie......

  1. Pimai = Sathiya, Imuda, Mat Over (tak berape kenal Mat Over ni sape, rasenye geng pimai pimai tangtu)
  2. Hiro = Hamdan, Ilya, Ropie Cecupak (senario and cecupak reunion, at least sebahagian ahli huhu)
  3. Boboi = Afdlin Shauki, Harun Salim Bachik (Macam pelik combinationnye but mesti gempak)
  4. Anje = Achong Sweet Child, Joey Daud (achong lawak, joey pun lawak, gabung due2 jadi ape ye?)
  5. Osbon = Mr Os, Abon (otai lawak ni, harap tak mengecewakan)
  6. BP-Bawal Power = Bob Kuman, Sobri (Sobri ni yang mane ye? hmmm...)
  7. Rap = Aziz Kota, Pak Lah Cecupak, Rama Jangan Ketawa (kumpulan underdog sebab ramai tak kenal name diorang tapi bile tengok muke "oooo die ni")
  8. Comel = Radhi Khalid, Bell Ngasri (comel ke tak, kite tengok je la....)
  9. 3G = Yassin, Didie Alias, Enot (agaknye camane die dapat nama kumpulan 3G, G tu stand for what?)
  10. Gebu = Hani, Azian (group dari Singapura agaknye, never heard of them ???)
  11. Syok = Suhaimi, Arif Sudin, Ifa Raziah (ini ape? 1Maharaja Lawak? sebab from different country, Ifa Raziah Malaysia, Arif Sudin, Suhaimi Singapura)
  12. Lanun = Jegan, Elyas, Salman Al-Farisi (ganas tak name diorang? lawak pun kene ganas la ye)
  13. Bawel = Dodon Jambul, Amin Bawel, Dadang Ragas (pelawak dari Indonesia?camane orang seberang punye lawak ye?)
  14. Saehu = Eko, Bocil, Vicha (name diorang ni macam pelik, macam bukan orang Indonesia?)
  15. Caer = Adetao, Mister Ibo, Lugiana (another group from Indonesia)
  16. Adlin Aman Ramli (berani giler solo kan? genius cam die memang berani)
  17. Jalil Hamid (One more otai yang berani tampil solo - cayala)
Okay, let me know sape feveret korang.... Mine = secret aka tak tahu lagi (hahaha poyo)
Lastly, jom chekadout video yang saya sempat search (credit to aftalentaesb)

Friday, September 16, 2011

Cool Apartment - the use of space savings

So, hari ini dalam sejarah, saya nak berkongsi dengan semua satu design rumah yang sangat-sangat cool. Asal dari “remodeled pigeon loft”, rumah / apartment yang cool habis ni milik seorang lelaki bernama Christian Schallert di Barcelona. Hanya 24 meter persegi, rumah ni dilengkapi dengan semua basic need such as kitchen, toilet, shower, bed, dining table, even balcony…. Cuba bayangkan semua perkakas tu masuk dalam ruang 6mx4m atau 8mx3m, macam tak boleh kan? Kawan mamat ni cakap, apartment ni macam Lego sebab nak ape2, kene "bina". Jom la ushar apartment stylo mamat ni….


Gambar sebelum, macam scary je nak duduk

Gambar selepas, amazing right? bilik yang tadi suram giler dah jadi urban style apartment
( +info = mamat yang di tengah-tengah itulah Christian Schallert )

Dinding aka almari aka tempat simpan barang-barang ajaib. Korang semua boleh nampak kat dalam gambar tu, ade dapur siap ngan stove 2 tunku, fridge, pantri, oven, diswasher (yup apartment kecik camni pun ade dishwasher) and off course almari pakaian / simpan barang.

Shower daripada glass cube (kat tepi kiri gambar), so bilik mandi tu menjadi sebahagian dari bilik. Konsep super genius ni menampakkan bilik macam luas jer…. Toilet? Ade kat celah tepi, tersorok kat sebelah kitchen. Nama pun toilet, tak perlu besar sangat, cukup sekadar masa sepuluh ~ dua puluh minit yang kita spent kat situ hari-hari…

Nak makan? Jangan risau, kejap lagi mamat tu bawak turun meja makan untuk 4 orang dari dinding. Tiang tempat letak pasu bunga tadi, dah tukar fungsi jadi tiang meja makan. Dengan turunnye meja makan tu, tingkap terbuka and cahaya yang masuk buatkan apartment ni nampak lebih luas…

Kalau nak tidur, kene tarik katil dari bawah balcony (cool gile). Katil tu jugak triple function as a sofa/couch and stairs to balcony.


Pandangan balcony dari dalam rumah.

Amacam, stylo kan, kalau nak tau dengan lebih lanjut, boleh tengok video kat youtube atau cerita original die kat sini : Lego style apartment
Kalau sesiape nak kongsi di blog mereka, jangan lupa kredit to whomever responsible (“,)

Sunday, July 24, 2011

Lacoste Percuma daripada Mimfaza Trading




Alright, lebih kurang sebulan tak update....hehe


Kali ni nak cerita pasal satu contest :- "Lacoste Percuma daripada Mimfaza Trading"
* Rupe-rupenye, dalam dunia blogging ni ade contest2 yang boleh dapat hadiah percume pastu dalam masa yang same boleh la naikkan trafik (kalau menang la) *


Bukan susah pun nak masuk contest-contest camni, kalau tak percaya cube try blog ni MIMFAZA TRADING


Peraduan jenis camni mesti ade syarat tambahan, dan syarat tambahan die bergantung pade owner blog....Untuk contest entri "Lacoste Percuma daripada Mimfaza Trading", syarat tambahannya kena bagi pendapat kenapa blog tersebut warna hijau.....


Jawapan = Sebab hijau tu damai dan menyegarkan....boleh jadi tempat untuk kite rileks dan lepak. So sebab tu la owner blog letak warna hijau, warna rezeki (moga murah rezeki owner blog tersebut)....


Hehe...(",)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...