Hari ni nak cerita lagi pasal duit lama, buat yang baru
singgah blog ni, apa kata gi ushar dulu post ni Duit oh Duit. Post tu pun pasal
duit lama jugak – duit syiling.
Saje nak update info, dalam post yang terdahulu tu saya
hanya bagi nilai UNC (Uncirculated) untuk semua duit syiling secara amnya, tapi dalam banyak-banyak
syiling lama atau syiling 1st series, ada yang mencecah ribuan
ringgit. Yup, jangan tak percaya pulak. Syiling yang mana satu? Mari kita
tengok sama-sama.
Okay, untuk maklumat yang lebih lanjut mengenai 1 sen 1976 (ini
bukan syiling 1 sen yang biasa, jangan salah faham), dinasihatkan melawat web lunaticg.
Beliau ada menceritakan tentang bagaimana duit 1 sen tersebut boleh bernilai hampir
3600 kali ganda dari nilai sebenar. Kalau kamu semua nak tahu, sebenarnya, lagi
sikit keping syiling yang dihasilkan bagi tahun tersebut, lagi berlipat gandalah
nilainya.
Daripada jadual tu, semua mesti perasan ada yang beratus ringgit
kan? Semua tu ada kisah disebalik nilai tinggi diorang tu, nak tahu lebih
lanjut mengenai sejarah atau cerita panjang lebarnya, sila klik link yang kat
bawah ni.
Syling
10 sen 1971 = klik sini
Syiling
50 sen 1967, 1968, 1969 yang tiada benang sekuriti (atau garis keselamatan)= klik sini
Syiling
50 sen extra dot = klik sini
p/s = Cerita tu bukan saya yang punya, jadi hanya boleh
letak link.