Tuesday, January 1, 2013

Pakej Komunikasi Belia 2013 - Rebate RM200

Pakej Komunikasi Belia 

September lepas masa pembentangan belanjawan 2013, PM ada mengatakan belia akan dapat rebat RM200 untuk pembelian telefon pintar. Memang ramai yang gembira dengan berita ini termasuklah aku yang memang dah lama nak pakai smartphone tapi tak beli-beli (phone elok lagi cuma tak uptodate saje.....jadi tak perlu)

Mungkin bagi orang ramai yang sudah memiliki smartphone RM200 ni tak banyak tapi untuk aku yang baru nak menceburkan diri dalam bidang 'pintar' ni adalah memadai dan aku nak gunakan dengan sebaik mungkin. Ye la, duit itu hak aku sebab aku layak.hehehe....

Truth is sekarang tengah kumpul duit dan nak beli smartphone yang best dan canggih macam Samsung Galaxy Note 2, legalah kalau ada orang support lagi RM200. Tetapi rupa-rupanya ada syarat yang perlu dipatuhi kalau nak dapat rebate RM200 ni.

Jadi, syarat-syaratnya ialah:-
  1. Warganegara Malaysia yang berumur di antara 21‐30 tahun pada tarikh memohon;
  2. Pendapatan bulanan adalah RM3,000 dan ke bawah;
  3. Model telefon pintar 3G yang ditawarkan (Harga maksima RM500);
  4. Untuk langganan baru dan sedia ada pakej jalurlebar; dan
  5. Satu telefon/pakej hanya untuk satu belia.

Maka dengan syarat ketiga itu pemilihan telefon menjadi terhad. Apa je yang ade kan? Jangan risau, ada lebih kurang 23 smartphone telah disenaraikan seperti dibawah:

Senarai+Telefon+Pintar+Rebat+RM200+Bajet+2013 Pendaftaran Pakej Komunikasi Belia   Rebat RM200 SKMM Di Buka Sekarang!

Yang betul-betul menarik perhatian saya cumalah Nokia Lumia 610 dan Sony Xperia Tipo. Syarat nombor empat pulak mengatakan kena subscribe data plan, maka penyiasatan dan penelitian lanjut dijalankan dan hasilnya, saya memilih Umobile sebagai network provider saya sebab dia murah dan kat tempat saya duduk signal dia penuh, provider yang lain suam-suam kuku je signalnya.

 Antara provider lain adalah Celcom, Maxis, Digi, Umobile, TuneTalk, Yes dan Clixster.
(klik untuk penerangan lanjut tentang pakej provider tersebut)


Dengan itu, terhasillah analisa seperti gambar rajah yang dibawah

Klik gambar untuk lihat dengan lebih jelas
Personally, mungkin saya akan pilih Sony Xperia Tipo, tapi thats all depends on the provider's stock, ade ke takde. Hopefully soon i'll be joining rakan-rakan dalam what's app (itu je reason paling penting kenapa nak beli smartphone, betul tak?)

So, macam mana nak dapatkan rebate RM200 ni? Senang je,
Step 1 - Buka laman web SKMM dan klik Borang Permohonan Dalam Talian Pekerja / Pelajar.
Step 2 - Isi semua butiran yang diperlukan seperti maklumat pemohon, maklumat komunikasi dan maklumat pengajian / majikan)
Step 3 - Sahkan butiran dan klik daftar
Step 4 - Print hasilnya dan tuntut dalam masa sebulan dengan kedai-kedai terpilih.

Kalau masih tak jelas dan nak penerangan dengan lebih lanjut, cuba check website ni, memang terbaik sebab siap ada gambar print screen dan detail step by step untuk daftar dalam talian.

Jadi, apa tunggu lagi. Jom serbu sekarang.

1 comment:

  1. Berita terbaru, malam semalam (2nd January), had RM500 di tarik balik. Jadi semua orang yang layak dapat beli smartphone tak kira harga (yay)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...